Temuduga bagi jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41

Saya telah menghadiri temu duga bagi jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 pada 8 Januari 2020, di UTC Ipoh, Perak. Saya telah memilih untuk memakai baju kurung bagi sesi temu duga hari itu.  

Dokumen-dokumen disediakan berdasarkan senarai semak yang didapati di pautan MyResume (https://myresume.spa.gov.my/) yang wajib diisi sebelum menghadiri sesi temu duga. Perlu mengambil perhatian bagi dokumen-dokumen yang perlu disahkan sebelum discan dan upload ke laman MyResume tersebut. Jadi, perlu bersiap lebih awal untuk membuat photocopy dokumen asal dan sahkan dokumen Salinan. 

Pada hari temu duga, calon dikehendaki menghadirkan diri di pejabat SPA di UTC Perak. Calon dinasihatkan supaya hadir awal supaya pembantu di pejabat dapat menyemak dokumen mengikut senarai sebelum diberi nombor giliran intuk sesi temu duga. 

Temu duga dijalankan oleh dua orang panel interviewer. Seorang tuan dan seorang puan bagi sesi saya pada jam 8:30 pagi. Soalan-soalan yang dituju adalah seperti berikut: 

(Jika interviewer bertanya dalam Bahasa Malaysia, maka jawablah dengan Bahasa Malaysia, jika Bahasa Inggeris, jawab dengan Bahasa Inggeris.) 

1. Memperkenalkan diri dan keluarga.

2. Mengenai syarikat yang sedang bekerja, jawatan dan tanggungjawab atau jobscope for current workplace. 

3. Perdana Menteri kami yang sekarang adalah PM yang ke-berapa? 

4. Siapakah nama Perdana Menteri kami? 

5. Siapakah nama Ketua Jabatan Alam Sekitar? 

6. Anda tahu apakah tema bagi World Earth Day 2019? 

7. Macam mana anda akan buat bagi pemantauan industrial effluent dan air emission di kawasan kilang tempat kerja kamu sekarang? 

8. Apakah itu Scheduled Waste? Law atau Act yang apa bagi kawalan pengendalian Scheduled Waste?

9. Apakah maklumat yang penting bagi pengendalian dan pembuangan Scheduled Wastes? 

10. Apakah tugas seorang Pegawai Alam Sekitar? 

11. What is your strength? (Yang ini last question kena convince interviewer how your strength could  be used for your future work as a Pegawai Kawalan Alam Sekitar)


Sesi temu duga bagi calon sebelum giliran saya telah mengambil masa 30 minit (8:00-8:30am), manakala sesi saya hanya 15 minit dari 8:30am-8:45am). Kena hargailah masa interview yang ada dan membuat persiapan yang betul-betul sebelum temu duga. Soalan berkaitan dengan jawatan yang dipohon. 


Sekian, terima kasih kerana membaca. Harap dapat membantu sesiapa yang bakal menghadiri temu duga bagi jawatan tersebut. 

😀







Comments